Al-Fatihah Buat Rakan Seperjuangan Aku Ann @ Farhan (Morphz)

Monday, September 7, 2009

LAGI SEKALI GENG2 KAMI KEHILANGAN KAWAN SELEPAS ARWAH SHA DI KEDAH 2 TAHUN LEPAS.. ARWAH FARHAN MENINGGAL DI HOSPITAL KUANTAN PADA 4 SEPTEMBER 2009 PUKUL 5 PAGI HARI JUMAAT... KAMI SENTIASA MERINDUI KAMU.. KEGEMBIRAAN KESEDIHAN KAMI KONGSI BERSAMA DGN KAMU.. KINI KAMU MENINGGALKAN KAMI BUAT SELAMA2NYA.. AL-FATIHAH.. SEMOGA ROH ARWAH TENANG DI SANA..


Tiga terbunuh manakala lima cedera dalam kemalangan

KUANTAN - Tiga terbunuh dan lima cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta dan motosikal di Kilometer 3, Jalan Kuantan-Maran, dekat Gambang, awal pagi ini.

Mangsa yang terbunuh pemandu kereta dikenali sebagai Muhammad Hafiz Ismail, 20, meninggal dunia di tempat kejadian dan penumpangnya Muhammad Farhan Khamis, 25, di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Serorang lagi pemandu kereta yang turut terbunuh dikenali sebagai Md Sham @ Md Hisham Mustapha, 45, manakala isterinya, Rafiah Manaf, 38, dan dua anak mereka, Nuraini Arifah, 9, dan Nuralya Nasuha, 2, cedera parah.

Manakala penunggang dan pembonceng motosikal, Mohd Noh Ishak, 27 dan Mohd Faizal Zaman, 33, hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, kejadian kira-kira 12.26 pagi itu dipercayai berpunca kereta yang dipandu guru agama itu Muhammad Hafiz, dari arah Kuantan ke Maran cuba memotong motosikal terbabit sebelum kedua-dua kenderaan itu bergesel.

“Kejadian itu menyebabkan motosikal terjatuh di atas jalan sementara kereta tersebut terbabas ke kiri jalan dan merempuh tiang tembok jejantas,” katanya.

Beliau berkata, pada masa yang sama, kereta yang dipandu Md Sham yang berada di belakang cuba mengelak namun gagal menyebabkan ia merempuh belakang kereta berkenaan.

Katanya, mangsa yang cedera dihantar ke HTAA untuk rawatan.--BERNAMA



DALAM KENANGAN


KERETA YG DI NAIKI ARWAH FARHAN

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin